Alhamdulillah, pada tahun ini, Rayhanah telah memberikan ganjaran voucher umrah kepada ikon-ikon leader Rayhanah yang telah berjaya menunjukkan hasil prestasi jualan tahunan yang menakjubkan sepanjang tahun 2021.

Ganjaran ini adalah suatu bentuk penghargaan ikhlas dari pihak Pengurusan Rayhanah buat setiap hasil usaha keras para leader ini setiap bulan. Tahniah di ucapkan buat Master Stokis Rayhanah, Tuan Aidid Marcello dan Puan Zaliza Jamil kerana berjaya menyertai kembara umrah Rayhanah pada bulan Februari ini.

Ikuti temubual bersama Tuan Aidid dan Puan Zaliza di Channel Youtube Rayhanah https://www.youtube.com/watch?v=fJ8Q1lO-u4g (Tuan Aidid); https://www.youtube.com/watch?v=0yNLAk7UQDk (Puan Zaliza).

Dengan tema “Kembara Umrah Bersama Rayhanah”, Alhamdulillah, team Rayhanah telah selamat berangkat ke tanah suci pada 8 Februari 2022, di bawah pengurusan Agensi Amani Travel Sdn. Bhd.

Jemaah dari team Rayhanah ini merupakan antara kumpulan (batch) pertama yang dilepaskan untuk berangkat ke Tanah Suci, setelah kerajaan mengumumkan penangguhan umrah selama sebulan pada 8 Januari lalu akibat peningkatan kes Covid-19 dalam kalangan jemaah umrah yang pulang ke Malaysia.

Di bawah bimbingan Pengasas Rayhanah sendiri, iaitu Ustaz Johari bin Abdul Wahab, jemaah ‘Kembara Umrah Bersama Rayhanah’ ini turut diiringi Duta Rayhanah, Ustaz Haslin bin Baharim serta Pengarah Urusan Rayhanah, Puan Nur Adila binti Manshor.

Semoga dipermudahkan segala urusan ibadah umrah para jemaah team Rayhanah, dan dikurniakan kesihatan yang baik dan umrah yang maqbullah. Selamat berangkat para tetamu Allah.

Terima kasih di atas kesetiaan anda bersama kami. Semoga para penerima voucher umrah Rayhanah yang lain dikurniakan kesempatan untuk menyertai misi Kembara Umrah Rayhanah yang akan datang.

Cetuskan Rasa Cinta Bersama Rayhanah.

~ Team HQ Rayhanah ~

Hi! Terima Kasih Kerana Berminat Untuk Sertai Ejen Rayhanah
Sila luangkan sedikit masa untuk mengisi borang.Kami akan menghubungi anda sebentar lagi.
Butiran peribadi
Hi! Terima Kasih Kerana Berminat Untuk Sertai Ejen Rayhanah
Sila luangkan sedikit masa untuk mengisi borang.Kami akan menghubungi anda sebentar lagi.
Butiran peribadi