Madu merupakan satu anugerah bernilai yang amat bermanfaat untuk kesihatan.

Pada posting pengenalan madu sebelum ini, anda telah di perkenalkan dengan cara penghasilan madu yang unik oleh lebah (Kenali Madu dan 4 Proses Penghasilannya Oleh Lebah).

Jom ketahui lebih lanjut tentang apa keistimewaan yang terkandung pada “cairan emas” ini serta khasiatnya pada kesihatan.

Khasiat dan Nutrisi Madu

Apakah yang Terkandung Pada Madu?

Sifat fizikal madu seperti warna, aroma, rasa, dan ketumpatan serta komposisi kimia sesuatu madu bergantung pada jenis nektar bunga yang dihisap oleh lebah, keadaan cuaca persekitaran dan cara pemprosesan madu tersebut.

Komposisi Madu

Komposisi utama madu ialah gula atau karbohidrat (meliputi 75 – 90% berat kering madu), dan gula utama dalam madu ialah daripada karbohidrat ringkas yang mudah dihadam iaitu fruktosa dan glukosa (60 – 80 g/100g).

Kandungan sukrosa dalam madu pula adalah rendah (< 10.0 g/100g).

Selain itu, madu juga mengandungi kandungan air (15 – 20%), debunga (ash), protein (amino acids), HMF, serta sejumlah kecil pelbagai jenis polifenol, vitamin, dan mineral.

Khasiat Madu untuk Kesihatan

Madu telah digunakan sejak dahulu untuk pelbagai tujuan perubatan dan kesihatan. Kajian saintifik membuktikan madu mempunyai kesan anti-mikrob, anti-radang, serta sumber antioksidan semula jadi.

Kandungan dan sumber nutrisi yang ada pada madu menjadikannya satu makanan istimewa yang sangat bermanfaat pada kesihatan tubuh badan. Antara khasiat madu adalah:

1- Sumber Tenaga Tambahan (mengurangkan keletihan)  
Komponen utama madu terdiri daripada sumber-sumber karbohidrat ringkas yang mudah dihadam dan terurai untuk memberi sumber tenaga segera bagi manusia.
 
2- Anti-Radang dan Anti-Kuman (merawat dan mengawal luka / penyakit) 
Enzim-enzim semulajadi di dalam madu membantu melawan mikroorganisma pathogen, justeru membantu melawan jangkitan kuman, mengurangkan keradangan, serta meningkatkan imunisasi badan.
 
3- Sumber Antioksidan yang Tinggi (memelihara dan menggalak pertumbuhan sel)
Kajian saintifik membuktikan madu mengandungi sumber antioksidan semula jadi yang membantu mencegah dan merawat penyakit kronik termasuk kanser, serta membantu melambatkan proses penuaan.
 
4- Mengawal Glukosa (membantu pesakit kencing manis)  
Pengambilan madu dapat mengekalkan paras glukosa darah yang sihat kerana kandungan sukrosanya yang rendah dan ia sesuai dijadikan bahan pemanis gantian untuk gula putih.
 
5- Sumber Vitamin dan Mineral Semulajadi 
Vitamin yang terkandung dalam madu termasuk vitamin B, A, dan C, manakala sumber mineral dalam madu ialah kalium, magnesium, kalsium, natrium, sulfur, zat besi dan fosfat.
 

Kelebihan Amalan Pemakanan Madu

Madu terbukti kaya dengan sumber karborhidrat ringkas, antioksidan semulajadi serta mempunyai pelbagai sumber vitamin dan mineral.

Amalan pemakanan madu sangat membantu dalam memberikan tenaga harian dan pengambilannya setiap hari dapat mempertingkat pertahanan diri dan membekalkan sumber-sumber nutrisi tambahan yang diperlukan oleh tubuh badan.

Madu sebagai Amalan Sunnah dalam Pemakanan

Khasiat dan manfaat madu juga jelas disebut di dalam Al-Quran dan Hadis serta merupakan antara amalan pemakanan Rasullulah S.A.W untuk tenaga dan kesihatan.

Justeru, pengambilan madu dalam pemakanan harian patut dijadikan amalan kerana khasiat dan manfaatnya jelas disebut di dalam Al-Quran dan hadis serta terbukti dari sudut kesihatan dan disokong pelbagai kajian-kajian saintifik.

Dapatkan madu berkualiti tinggi di import khas dari Lembah Hadramawt keluaran Rayhanah.

Nak dapatkan Madu Original?

Sumber Rujukan:

Bogdanov, S., Jurendic, T., Sieber, R., & Gallmann, P. (2008). Honey for nutrition and health: a review. Journal of the American college of Nutrition, 27(6), 677-689.

White, J. W., and Landis W. Doner. “Honey composition and properties.” Agriculture handbook 335 (1980): 82-91.

Ahmed, S. et al., Honey as a potential natural antioxidant medicine: an insight into its molecular mechanisms of action, oxidative medicine and cellular longevity, 2018.

Prophetic Medicine and Herbalism, OnIslam.net, 2014