Rayhanah Holdings Sdn. Bhd. (1316411-A) adalah sebuah syarikat milik bumiputera sepenuhnya yang telah didaftarkan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada tahun 2019. Di bawah Syarikat ini, terdapat 2 lagi syarikat yang didaftarkan iaitu Rayyan Salsabila Enterprise dan Rayhanah Madu Sdn Bhd. Rayyan Salsabila Enterprise telah didaftarkan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia pada penghujung tahun 2013. Manakala bagi syarikat Rayhanah Madu Sdn Bhd pula telah didaftarkan pada tahun 2015.
Diasaskan pada tahun 2012, Madu Sidr dan Sumur keluaran jenama Rayhanah telah dipercayai sejak turun-temurun dengan standard piawaian kualiti yang ketat. Madu Sumur dan Sidr didaftarkan sebagai produk di bawah syarikat Rayhanah Madu Sdn Bhd. Rayyan Salsabila Enterprise pula ditubuhkan untuk penjualan produk Softgel seperti Habbatussauda, Zaitun dan Kelapa Dara. Jenama Rayhanah adalah sebuah perniagaan yang bukan berasaskan keuntungan semata-mata. Tujuan utamanya adalah untuk berkongsi kebaikan yang mendalam tentang Sidr Hadramawt, Madu Sumur dan softgel bagi Habbatussauda, Zaitun dan Kelapa Dara kepada mereka yang ingin mendapatkan manfaat perubatan dan pemakanan dari makanan sunnah tersebut. Hasil daripada jualan madu Hadramawt dan Softgel jenama Rayhanah sering digunakan untuk aktiviti kebajikan untuk ummah.