Pada Januari, Rayhanah telah melancarkan projek Suri Hati Rayhanah khusus buat para usahawan suri rumah Rayhanah. Projek ini menyasarkan golongan suri rumah supaya mereka lebih berkeyakinan dalam membuat segala tugasan.

Dengan slogan “Bergaya dan Berjaya bersama Rayhanah”, matlamat utama projek ini adalah untuk membuka peluang kepada golongan suri rumah ini supaya lebih berkeyakinan, bergaya serta berjaya memperoleh pendapatan yang diidamkan, disamping dapat membesarkan anak-anak di sisi dengan sokongan dari para suami.

Sasar Golongan Usahawan Suri Rumah

Projek Suri Hati ini adalah julung-julung diadakan khusus buat usahawan suri rumah Rayhanah untuk jangka masa yang panjang.

Pelbagai aktiviti akan diadakan melalui projek ini seperti perkongsian tips keibubapaan, cara berkomunikasi, penjagaan diri, memasak serta cara mengurus kewangan dengan bijak. Bukan itu sahaja, disamping aktiviti-aktiviti ini, projek ini juga akan meningkatkan prestasi jualan produk Rayhanah buat para usahawan suri rumah ini.

Tercetusnya idea Suri Hati Rayhanah ini ialah dari Pengarah Urusan Rayhanah Holdings sendiri iaitu Puan Nur Adila Manshor. Sebagai penaung projek ini, beliau menyatakan visi dan misi projek Suri Hati ini adalah cukup jelas dalam usaha menambah nilai dan meningkatkan kredibiliti golongan suri rumah.

Melalui projek ini kami ingin melahirkan sekurang-kurangnya 200 suri rumah yang berpendapatan 4 hingga 5 angka sebulan untuk tahun 2022. Selain itu, ukhwah yang terjalin melalui projek ini juga akan mewujudkan circle yang positif serta ‘supportive’ antara usahawan.

Usaha Bangkitkan Nilai Diri dan Semangat Para Suri Rumah

Harapan Rayhanah adalah agar Projek Suri Hati ini dapat mewujudkan budaya saling bantu-membantu dalam meningkatkan keyakinan diri golongan para suri rumah ini supaya sentiasa bersemangat dalam melakukan segala tugasan.

Selain itu, projek ini juga diharap dapat menjadi pentas dalam membangkitkan segala kebolehan dan nilai diri yang ada dalam diri setiap suri hati Rayhanah ini.  

Semoga Projek Suri Hati ini dapat melahirkan usahawan suri rumah berkredibiliti, bergaya dan berjaya bersama Rayhanah.

Hi! Terima Kasih Kerana Berminat Untuk Sertai Ejen Rayhanah
Sila luangkan sedikit masa untuk mengisi borang.Kami akan menghubungi anda sebentar lagi.
Butiran peribadi
Hi! Terima Kasih Kerana Berminat Untuk Sertai Ejen Rayhanah
Sila luangkan sedikit masa untuk mengisi borang.Kami akan menghubungi anda sebentar lagi.
Butiran peribadi