Sebelum ini, kita telah mengenali apa itu asthma dan penyebab berlakunya asthma. Kita akan mengenali tanda dan gejala asthma supaya ibubapa boleh kesan perkara ini sebelum terlambat.

Antara tanda dan gejala asthma adalah:

  • Sesak nafas
  • Sakit dada
  • Bunyi ‘wheezing’ apabila hembus nafas
  • Batuk kuat

Antara langkah pencegahan untuk penyakit asthma adalah seperi berikut:

  1. MENGENAL PASTI PUNCA YANG MENYEBABKAN ASTHMA.

Langkah awal untuk mencegah berlakunya asthma adalah dengan mengenal pasti penyebab/punca yang menyebabkan serangan asthma. Perkara ini sangat penting kerana ini dapat membantu pesakit asthma untuk mengambil langkah berjaga-jaga jika terdedah kepada bendasing tersebut.

2. ELAK DIRI DARIPADA TERDEDAH KEPADA BAHAN TERSEBUT

Elakkan diri daripada terdedah kepada penyebab/punca yang boleh menyebabkan serangan asthma. Serangan asthma akan menjadi lebih kerap jika sering terdedah kepada punca tersebut.

3. MEMBERSIHKAN KAWASAN RUMAH ATAU PERMUKAAN YANG MUNGKIN TERDAPAT BAHAN ALLERGEN.

Bendasing-bendasing ini boleh berada di dalam kawasan rumah kita seperti sofa, tilam katil, dan di atas alat permainan anak-anak. Jadi sentiasa bersihkan kawasan persekitaran untuk mengurangkan risiko terdedah kepada bendasing penyebab serangan asthma.

4. DAPATKAN NASIHAT DOKTOR.

Jika anda tidak pasti mengenai asthma, dapatkan nasihat doktor supaya anda dapat informasi yang tepat berkenaan penyakit asthma, dan apa yang perlu dilakukan jika mendapat serangan asthma.

Ketahui Kebaikan Yang Ada Pada Habbatussauda

SUMBER RUJUKAN

  • Managing an asthma attack. Portal MyHEALTH
  • Tips for asthma prevention. https://www.webmd.com/asthma/guide/asthma-prevention
  • Asthma, https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/asthma/symptoms-causes/syc-20369653