Alhamdulillah, dengan izin Allah dan sokongan padu daripada para pelanggan, reseller, serta rakan korporat Rayhanah — kami telah berjaya melaksanakan satu misi kemanusiaan yang cukup bermakna.
Sepanjang kempen khas 'Dari Kita Untuk Mereka' penjualan produk Set Sunnah dijalankan, sebanyak 2,500 unit telah terjual. Hasil daripada jualan ini, Rayhanah berjaya mengumpulkan RM10,000 untuk disumbangkan kepada Cinta Gaza Malaysia (CGM).
Sumbangan ini telah disalurkan dalam bentuk bantuan:
Makanan Panas
Bekalan Air Bersih
Segala usaha ini tidak akan tercapai tanpa kerjasama erat dan sokongan anda semua. Kalian bukan sahaja membeli untuk kesihatan diri, tetapi dalam masa yang sama turut menyumbang kepada perjuangan kemanusiaan.
Terima kasih kami ucapkan kepada:
- Para reseller yang aktif mempromosi
- Rakan korporat yang memberi kepercayaan
- Pelanggan setia yang terus menyokong dari awal
Bersama Rayhanah, Setiap pembelian anda memberi lebih dari sekadar manfaat kesihatan — ia membawa sinar harapan buat mereka yang memerlukan.
**(Gambar-gambar bantuan CGM akan dipaparkan di bawah sebagai bukti sumbangan)



