Asthma merupakan penyakit kronik yang menjejaskan kanak-kanak dan orang dewasa seluruh dunia. Menurut Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO), pada tahun 2019 asthma didiagnos pada 262 juta populasi dunia. Kanak-kanak merupakan golongan yang paling banyak mendapat penyakit ini. Bagaimana asthma boleh berlaku dan apa penyebab berlakunya asthma?

APA ITU ASTHMA?

Asthma berlaku akibat adanya keradangan pada laluan udara, menjadikannya lebih sempit (narrow airways). Laluan udara juga menjadi kaku (stiff) akibat mengecutan otot berlebihan menyebabkan pesakit susah untuk bernafas. Jika tidak dibendung dari awal, ini akan menyebabkan kepada pelbagai kesan sampingan jangka panjang seperti kurang toleransi terhadap senaman dan tinggi risiko obesiti.

Gambar menunjukkan perbezaan ruanf udara antara kanak-kanak normal, kanak-kanak dengan asthma dan ruang udara apabila berlakunya serangan asthma.

APAKAH PUNCA-PUNCA BERLAKUNYA ASTHMA?

Terdapat pelbagai punca yang boleh menyebabkan asthma. Penting untuk setiap individu untuk mengenal pasti perkara yang menyebabkan asthma supaya individu tersebut boleh mengelakkan diri daripada terdedah kepada bahan tersebut. Antaranya ialah :

  1. ALAHAN

Alahan merupakan punca paling biasa yang menyebabkan asthma. Boleh dikatakan individu yang didiagnos dengan penyakit asthma akan ada alahan dengan beberapa bahan. Antara alahan yang biasa dialami adalah :

  • Habuk
  • Debunga
  • Bulu haiwan

2. SENAMAN BERLEBIHAN

Apabila seseorang bersenam, secara tidak langsung kita akan bernafas dengan lebih laju dan tidak sekata. Perkara ini boleh membawa kepada simptom asthma menjadi bertambah buruk. Namun, asthma disebabkan oleh senaman ini akan reda dalam masa beberapa minit.

3. ASAP PERSEKITARAN

Pencemaran udara persekitaran boleh masuk ke dalam laluan udara dan mencetuskan simptom asthma. Antara asap yang biasa menyebabkan asthma ialah :

  • Asap kenderaan
  • Asap kilang
  • Asap dari pembakaran terbuka

4. FAKTOR CUACA

Perbezaan suhu persekitaran boleh menyebabkan serangan asthma untuk meningkat. Cuaca yang sejuk menyebabkan udara lebih lembap dan menggalakkan proses pertumbuhan kulat, salah satu bendasing yang boleh menyebabkan asthma. Manakala cuaca panas boleh meningkatkan kadar pencemaran.

Men in heat and cold weather flat vector illustration. Male people in extreme hot and freeze. Characters in summer and winter clothes. High and low temperature, meteorology thermometer concept

Kajian membuktikan pengambilan Madu setiap pagi bersama Habbatussauda dapat meningkatkan fungsi paru-paru pesakit asthma dan membantu mengurangkan keradangan saluran udara ketika berlakunya serangan asthma.

Dapatkan produk Madu Lembah Hadramawt dan Softgel berkualiti tinggi keluaran Rayhanah.

Nak dapatkan Madu Original?

SUMBER RUJUKAN :

  • Asthma and other trigger factors. Portal MyHEALTH
  • Managing an asthma attack. Portal MyHEALTH
  • Allergic Asthma. https://my.clevelandclinic.org/
  • Abbas et al., 2019, Honey in Bronchial Asthma: From Folk Tales to Scientific Facts, Journal of Medicinal Food, 22 (6).