Kurma Ajwa Aliyyah Madinah merupakan kurma Ajwa yang ditanam di Tanah Haram Madinah."Aliyyah" adalah suatu kawasan tanah tinggi dengan sistem pengaliran yang baik, dan ia terletak di sebelah tenggara bandar Madinah. Kelebihan buah kurma Ajwa ini ada disebut di dalam hadis, dari Saad bin Abi Waqqas, bahawa baginda Rasullullah SAW telah bersabda: Maksudnya: "Sesiapa yang memakan tujuh biji kurma ajwa pada waktu pagi, tidak akan memberi mudarat sebarang racun mahupun sihir kepadanya pada hari tersebut." (HR Al-Bukhari(5445) dan Muslim (2047)

Related products